Monday, October 12, 2009

Pilihan raya Bagan Pinang

Pas sedia terima kekalahan

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, Pas juga pernah mengalami kekalahan di Kelantan tetapi mampu bangkit kembali pada pilihan raya berikutnya.

“Kita kalah tak apa. Kelantan pun pernah kalah. Berapa kali kalah. Akhirnya kami hidup balik. Kalah atau memang itu kerja perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pasar raya Nirwana Maju di Bandar Kubang Kerian Baru dekat sini, semalam.

Beliau berkata, Pas menghadapi tentangan yang kuat daripada UMNO pada pilihan raya kecil kali ini.

“Cengkaman UMNO terhadap Pas terlalu kuat. Lagipun kami tidak ada radio, kami tidak ada surat khabar perdana.

“Tetapi manusia akhirnya akan faham. Sebab itulah saya minta mereka datang sendiri ke Kelantan. Biar mereka bertanya khabar kaum Cina, India Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar gagal dalam usaha menawan DUN Bagan Pinang apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan majoriti 5,435 undi.

Mengulas mengenai beberapa insiden yang berlaku sepanjang tempoh berkempen pada pilihan kecil itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita dengan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seperti itu pernah berlaku di Kelantan pada era 60-an yang mana kejadian tumbuk-menumbuk dan pergaduhan turut berlaku.

“Dua malam saya di sana. Saya dukacita dengan apa yang berlaku macam berlaku tahun 60-an dulu. Pukul dan bertumbuk.

“Ini menunjukkan pihak tertentu di Negeri Sembilan ini terkebelakang. Saya dukacitalah. Mengundi ni bebas. Macam kita pergi market (pasar). Kita bebas pilih dan beli sayur, beli buah," katanya



Insaflah Wahai Manusia.....

Kamis, Oktober 01, 2009 |

Hingga saat ini korban Gempa Padang Pariaman yang meninggal dunia diperkirakan mencapai ± 100 - 200 jiwa dan sekitar 100 orang masih terjebak di reruntuhan gedung yang roboh akibat gempa. Selain itu Gempa di Padang pariaman juga mengakibatkan terjadinya kebakaran di 10 titik di Kota Padang. Kebakaran paling parah terjadi di pusat perbelanjaan Pasar Raya. Yang semakin memperparah adalah jalan Padang menuju Bukit Tinggi tertutup longsor di 3 titik di daerah Singgalang dan jaringan listrik dan komunikasi di beberapa kabupaten atau kota mengalami gangguan.

Berikut ini Foto Gambar Gempa di Padang Pariaman



Foto Korban Gempa di Padang Pariaman


Foto Korban Gempa di Padang Pariaman


Foto Korban Gempa di Padang Pariaman


Foto Korban Gempa di Padang Pariaman


Foto Korban Gempa di Padang Pariaman


Foto Korban Gempa di Padang Pariaman
Category: , |

4 komentar:

On 2009 Oktober 1 10:08 , mikeyjqs mengatakan...

speak english dude

On 2009 Oktober 1 19:23 , Pasang Iklan Gratis mengatakan...

Turut berduka atas musibah yang menimpa saudara kita di padang, jambi dan sekitarnya. Sudah selayaknya mulai sekarang kita menyadari bahwa negeri tempat kita tinggal sangat rawan bencana. Mulai dari gempa bumi, tsunami dan bencana lainnya.

Sepertinya penduduk negeri ini memang harus dibekali pengetahuan dalam menghadapai dan merespon bencana alam yang senantiasa mengintai dengan baik. Paling tidak hal ini dapat meminimalisir korban jiwa yang ditimbulkan.
Pasang Iklan Gratis

On 2009 Oktober 3 02:18 , homebrew antenna mengatakan...

Turut berduka cita dan belasungkawa yang sedalam-dalamnya terhadap saudara kita di Padang,Pariaman,Jambi dan sekitarnya yang saat ini terkena musibah.Bagi yang meninggal semoga diterima disisiNya dan bagi yang ditinggalkan semoga diberi ketabahan dalam menghadapi musibah ini.Amin.Tnx

On 2009 Oktober 3 09:45 , Syamsuddin mengatakan...

Mari kita bantu dan doakan kepada yg kena musibah semoga diterima Allah SWT dan bagi keluarga yg ditinggalkan dikuatkan hatinya dan banyak bersabar, coba lihat Qur'an Surat 17 ayat 16 dan QS 17 ayat 38

Koleksi Gambar gempa di Padang







Sunday, October 4, 2009

Padang yang musnah

Dekatnya Padang dengan kita




IQBAL AZFAR IBRAHIM, 24, sedang membawa anaknya yang berusia dua tahun menaiki motosikal untuk membeli bakso di sebuah gerai berhampiran rumah sewanya di Jati, Padang, apabila gempa bumi sekuat 7.6 pada skala Ritcher melanda Sumatera Barat, Indonesia, petang Rabu lalu.

“Sebaik sampai, saya terasa motosikal saya bergoyang dan gerai tersebut bergerak. Saya terus beredar dari situ tetapi tidak sampai lima saat, saya lihat kenderaan di depan terangkat, jalan retak dan terbelah manakala bangunan runtuh,” ujar pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam jurusan perubatan di Universiti Andalas, Padang ini.

Iqbal merupakan salah seorang daripada kira-kira 320 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di universiti tersebut.

Di sebalik beberapa siri kejadian gempa bumi dalam tempoh beberapa tahun, Padang hakikatnya begitu dekat di hati rakyat Malaysia.

Menurut Iqbal, Padang merupakan tempat yang begitu tenang dan tidak banyak berbeza dengan suasana di Malaysia.


BUMBUNG Minangkabau yang popular di Padang masih boleh ditemui di Negeri Sembilan.


“Padang macam Malaysia juga. Adat budaya pun lebih kurang sama. Walaupun sebelum ini banyak berita yang mengatakan tempat ini akan mengalami gegaran seperti gempa bumi atau tsunami, saya kuatkan juga hati untuk meneruskan pengajian di sini.

“Ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kalau nak jadi, di mana-mana pun boleh jadi perkara sebegini,” ujarnya.

Seorang lagi pelajar jurusan perubatan, Hani Hafiza Mohd Shafii, 23, menyukai rendang Padang yang sememangnya terkenal di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

“Sebelum ini saya agak bermasalah untuk memahami loghat orang Minang. Tapi bila dah lama, bolehlah cakap sikit-sikit,” tuturnya yang berasal dari Negeri Sembilan.


SEORANG anggota polis sedang berdiri di tapak runtuhan Hotel Ambacang di Padang ketika dalam usaha mencari dan menyelamat.


Tragedi gempa bumi yang melanda bandar tepian pantai dengan jumlah penduduk mencecah 900,000 itu merupakan satu kejutan terbaru. Angka kematian sehingga semalam sudah melebihi 1,100 orang dan ramai lagi yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan beribu-ribu bangunan.

“Angka kematian mampu meningkat melebihi 2,000 orang,” ujar Ketua Palang Merah Antarabangsa, Bob McKerrow.

Sebenarnya, orang Padang juga ramai yang mencari rezeki malah menetap di Malaysia termasuk pemilik rangkaian Restoran Sari Ratu di Lembah Klang, Junaidi Jaba.

Beliau yang senang dengan panggilan Pak Midi sedang menghabiskan cuti lebarannya di Padang sejak hari raya ketiga lalu. Ketika di Padang, dia turut dijemput menjadi tetamu dalam sebuah majlis perkahwinan.


JUNAIDI (tengah) bersama petugas Restoran Sari Ratu Grand di Bukit Bintang mendekatkan budaya Padang di kalangan warga Kuala Lumpur.









TRADISI masakan Padang sudah berusia ratusan tahun.


Bagaimanapun, Pak Midi telah berlepas meninggalkan Padang sehari lebih awal ke Jambi (daerah pantai timur di Sumatera Tengah) sebelum berlakunya gempa tersebut.

“Menurut ayah saya, ketika di Jambi dia dapat merasai gegaran susulan. Tanpa perlu menghabiskan banyak masa di sana, ayah saya kini sedang berada di Jakarta untuk urusan terakhir sebelum kembali ke Kuala Lumpur minggu hadapan,” ujar anaknya, Mona, ketika dihubungi Jurnal.

Perantau Minangkabau

Usahawan yang paling akhir membuka cawangan restorannya di pusat beli-belah Subang Parade di Subang Jaya itu dikhabarkan sihat dan selamat.

“Cuma kami ada saudara yang sedang menuntut di salah sebuah universiti tempatan di Sijunjung, Padang. Ibunya kini tidak henti menangis. Ahli keluarganya yang lain juga sedang menunggu khabar berita daripadanya lantaran sehingga kini semua saluran komunikasi terputus.

“Semua sedang bimbang kerana universiti itu dilaporkan musnah dalam gempa. Harap-harap dia terselamat,” ujar Mona.

Francais Restoran Sari Ratu di Malaysia dimulakan Pak Midi sejak hampir sedekad lalu. Percubaan pertama di negara luar itu adalah berikutan rekod cemerlang empayar perniagaan asal Sari Ratu di Indonesia. Sehingga kini, sudah terdapat lebih 20 buah cawangan Sari Ratu di serata bandar raya Jakarta dan juga di Palembang.

Di Kuala Lumpur, restoran masakan Padang ini boleh dikunjungi di Jalan Sultan Ismail, Ampang dan Kelana Jaya, selain restoran pertama dengan dapur induk di Desa Pandan, Cheras.

Ketika bertanya tentang asal-usul dan identiti masyarakat Minangkabau yang merupakan majoriti penduduk Padang, Pak Midi mengatakan bahawa semua itu bermula daripada kegemilangan tradisi yang mencecah usia ratusan tahun.

“Masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat amat terkenal dan setia pada Adat Pepatihnya. Selain kesantunan budaya dalam kekayaan sejarahnya, masyarakat ini juga terkenal dengan kepakaran memasak,” ujarnya dalam pertemuan dengan Jurnal sebelum ini.

Resipi nasi Padang yang tiada duanya di dunia menjadi kemestian dalam setiap perhimpunan sosial dan keraian bangsa mereka. Selain memenuhi tuntutan selera, masyarakat Minangkabau percaya bahawa makanan adalah salah satu faktor penting untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga, saudara dan juga komuniti.

“Suatu ketika dahulu, sejarah perdagangan dan perkahwinan membantu menyebarkan budaya dan entiti Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu. Para perantau Minang turut membawa bersama adat budaya mereka termasuklah kemahiran dalam masakan.

“Ini yang menjadikan masakan Padang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu Malaysia hingga hari ini. Lagipun, lidah orang Melayu senang menerima rasa yang terkandung dalam masakan Padang,” terang Pak Midi.

Kulinari

Sajian tradisi seperti rendang daging, ulam-ulaman, asam pedas ikan, keli sambal, kalei lembu, belut goreng, pucuk ubi, dan gulai tunjang amat istimewa dalam catatan selera orang Malaysia. Penggunaan daun cekur dalam gulai lemak Padang adalah perisa yang memperjelas ciri kulinari Minangkabau.

Pewaris Minangkabau sudah banyak mengukir nama bukan sahaja di tanah asal sendiri, malah ke seberang laut. Di Singapura misalnya, mantan Presiden pertamanya iaitu Yusof Ishak merupakan orang berdarah Minangkabau. Begitu juga dengan Zubir Said yang mencipta lagu kebangsaan republik itu, Majulah Singapura.

Di Malaysia, antara yang berdarah Minang ialah mantan Menteri Sukan dan Kebudayaan dan sejarahwan sekitar tahun 1970-an, Tan Sri Abdul Samad Idris, dan juga wira Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi.

Jika diteliti, sebutan bahasa Minangkabau mempunyai penutur ‘kembar’ di kalangan orang Melayu Negeri Sembilan yang rata-ratanya mempunyai pertalian saudara dengan kelompok Minangkabau.

Daripada apa yang telah berlaku dalam minggu ini, jelas sekali bukan setakat bahasa, adat budaya dan makanan yang membuatkan rakyat Malaysia dekat dengan keistimewaan Padang khususnya dan Indonesia amnya.

Tragedi goncangan bumi itu membuatkan rakyat Malaysia semakin dekat dengan Padang kerana turut terasa akan kesedihan dan penderitaan, seterusnya mencetus panggilan kemanusiaan.

Iklan@KOSMO!


Hari Raya Di SK Binjai Kertas